Tuesday, September 29, 2009

Perbezaan Bacaan Mekanis dan Mentalis

Terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat dalam kedua-dua peringkat bacaan iaitu bacaan secara mekanis dan bacaan intensif. Jika kita lihat dari segi konsep, kedua-dua jenis bacaan mempunyai perbezaan di mana pembacaan secara mekanis menumpukan kepada bacaan untuk menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, intonasi dan irama yang betul manakala bacaaan secara intensif merujuk kepada bacaan bagi memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat. Bacaan secara mekanis lebih kepada bacaan yang berbentuk bacaan permulaan manakala bacaan intensif merujuk kepada peringkat selepas asas pembacaan telah kukuh.

Perbezaan yang kedua yang wujud ialah dari segi tujuannya. Di dalam jadual menunjukkan bahawa tujuan utama bacaan mekanis adalah untuk membaca dengan cekap dan pantas manakala bacaan intensif adalah untuk membolehkan kanak-kanak mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan ayat. Dalam hal ini kita lihat kemahiran yang terlibat berbeza antara satu sama lain dan tujuan kemahiran dibentuk juga mempunyai motif yang berlainan.

Perbezaan yang ketiga iaitu perbezaan dari segi peringkat kemahiran. Bacaan mekanis menunjukkan bahawa peringkat bacaan baginya adalah di peringkat yang rendah, peringkat asas atau peringkat permulaan manakala peringkat intensif merujuk kepada peringkat yang lebih mendalam lagi kerana lebih kepada menganalisis, mentafsir dan membuat rumusan ayat itu, sama ada berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam ayat tersebut. Hal ini sudah menunjukkan bahawa perbezaan yang wujud adalah disebabkan oleh tahap kemahiran bacaan di mana kemahiran mekanis lebih kepada tahap pertama manakala kemahiran intensif lebih kepada tahap yang kedua atau ketiga.

Keempat, perbezaan dari segi cara pembacaan. Pembacaan mentalis merujuk kepada pembacaan terang atau jelas mengikut irama dan yang selaras dengan penggunaan bahasa. Bagi pembacaan intensif pula pembacaan pula ia dilakukan secara senyap dan ditambah dengan analisis dan membuat rumusan.

Kelima, perbezaan yang wujud pada peringkat membaca ialah dari segi kefahaman ayat. Bagi pembacaan mentalis pembacaan hanya tertumpu kepada cara menyebut sahaja akan tetapi bagi pembacaan intensif memberikan kefahaman yang tinggi.

Keenam, perbezaan daripada bimbingan guru. Jika kita lihat dalam jadual di atas menunjukkan bahawa peringkat mentalis lebih memerlukan guru berbanding dengan peringkat intensif. Hal ini demikian kerana pada peringkat mentalis, guru haruslah melibatkan diri sepenuhnya dalam porses membaca kerana ia boleh membetulkan apa yang salah dan membetulkan apa yang betul supaya murid-murid tidak tersalah menyebut dan sebutan ini dibuat mengikut sebutan yang betul. Hal ini berbeza dengan peringkat intensif di mana pada peringkat ini kanak-kanak lebih kepada ‘semi-bimbingan’ di mana bimbingan guru kurang diberikan kerana peringkat ini merupakan peringkat permulaan membaca secara berdikari.

Kesimpulannya perbezaan yang ketara yang ditunjukkan di dalam jadual dari segi konsep, tujuan, cara membaca, tahap kefahaman adalah disebabkan oleh peringkat ataupun tahap yang diperlukan dan ianya merupakan satu latih tubi mengikut kesesuaian umur kanak-kanak.

Sejarah Puisi Moden

Kemunculan puisi moden atau sajak secara umumnya dapat dikatakan beriringan dengan kemunculan sikap dan fikiran baru dalam masyarakat kita. Perubahan berlaku agak perlahan dan tidak drastik. Puisi moden yang pertama dihasilkan oleh Omar Mustaffa dalam tahun 1913. Karyanya berjudul Angan-Angan dengan Gurindam tersiar dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Usaha Omar Mustaffa tidak segera diikiuti oleh penulis-penulis lain. Hanya setelah dua dekad kemudian – dalam tahun 1933 – barulah muncul sajak-sajak yang lebih dikenali sajak-sajak awal Tanah Melayu.

Semenjak tarikh tersebut, muncul lagi sajak-sajak yang lebih moden. Sajak-sajak yang tercipta jelas membawa kemajuan dari segi tema dan gaya. Penyair yang mencipta sajak-sajak tersebut rata-ratanya bergerak dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).

Tema puisi Melayu memang jelas memperlihatkan kemajuan. Tema puisi dikatakan maju kerana ada usaha penyajak membawa aliran baru, pemikiran baru, dan gaya baru dalam karya mereka.Tema turut berubah mengikut peredaran zaman,Dalam dekad 30-an dan 40-an misalannya, kebanyakan penyair menulis puisi mereka dalam suasana romantik dan melankolik. Mereka dikongkong oleh teknik dan gaya puisi klasik. Bahasa mereka lembut dan nada mereka mendayu-dayu. Ini sesuai dengan lenggang kehidupan mereka pada dekad itu.

Dekad 40-an, khususnya dalam zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1942-45), terhasillah sajak-sajak yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Persoalannya diuliti dengan dasar dan cita-cita pemerintah Jepun yang dilaungkan melalui slogan 'Asia Timur Raya Makmur Di Bawah Pimpinan Dai Nippon'. Sekitar tahun-tahun tersebut, Jepun menggunakan akhbar dan majalah sebagai media untuk meniupkan propaganda mereka melalui slogan 'Asia untuk Asia'. Suara penyair dalam dekad 40-an ternyata lebih optimis dan patriotik nadanya jika dibandingkan dengan suara penyair sebelum Perang Dunia Kedua.

Penerokaan daerah tema yang lebih meluas mulai jelas dan ketara dalam tahu-tahun 60-an. Dalam tahun-tahun 70-an dan 80-an, tema puisi Melayu semakin rencam dan beragam sifatnya dengan teknik yang menarik dan lebih kukuh Beberapa orang penyair yang mula menulis dalam tahun 60-an dan masih menulis hingga sekarang telah memperlihatkan graf kemajuan yang menggalakkan.

Demikianlah secara ringkas pekembangan puisi Melayu moden semenjak awal pertumbuhannya. Pendidikan, pengalaman, dan pengaruh yang diterima oleh para penyair turut membantu mereka menghasilkan sajak-sajak yang bermutu, dan menjadi aset yang berharga bagi khazanah kesusasteraan Melayu.

Pantun

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun :-

Jenis Pantun : Dua Kerat

Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-teki
Fungsi : Untuk berseronok dan menduga
kebolehan dalam berfikir.


Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?

Jenis Pantun : Empat Kerat - Jenaka
Fungsi : Semata-mata untuk hiburan.

Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang

Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat

Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib

Payang retak tali bersimpul,
Kendi lokan airnya tumpah;
Hidup tidak kerana kaul,
Mati bukan kerana sumpah.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau

Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang;
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat

Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan

Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa

Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat

Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama

Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanak
Fungsi : Lagu sedih dan bersuka-ria

Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Sunday, September 13, 2009

Kemahiran Membaca

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;

K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)

H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;

  • mengingat dahulau apa yang telah diketahui
  • membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
  • melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
  • menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajarmengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibacamenentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

Skimming dan Scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. Fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

Thursday, September 10, 2009

Keistimewaan Bulan Syawal

Memasuki Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan. Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan Marhaban Ya Syawal. Padahal, Syawal juga bulan istimewa dan memiliki keutamaan. Inilah beberapa keistimewaan bulan Syawal.

SETELAH melewati bulan Ramadhan, kita memasuki bulan Syawal, bulan kesepuluh dalam penanggalan hijriyah. Nyaris tidak ada penyambutan terhadap datangnya bulan syawal. Berbeda dengan ketika menyambut Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan. Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan Marhaban Ya Syawal. Padahal, Syawal juga bulan istimewa dan memiliki keutamaan. Inilah beberapa keistimewaan bulan Syawal.

Bulan Kembali ke Fitrah

Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam “kembali makan pagi” dan diharamkan berpuasa pada hari itu.Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, yaitu hawa nafsu.

Bulan Takbir

Tanggal 1 Syawal, Idul Fitri, seluruh umat Islam di berbagai belahan mengumandangkan takbir. Maka, bulan Syawal pun merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh umat Islam secara serentak, paling tidak satu malam, yakni begitu malam memasuki tanggal 1 Syawal alias Malam Takbiran, menjelang Shalat Idul Fitri.Kumandang takbir merupakan ungkapan rasa syukur atas keberhasilan ibadah Ramadhan selama sebulan penuh. Kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai, kecuali dengan pertolongan-Nya. Maka umat Islam pun memperbanyakkan dzikir, takbir, tahmid, dan tasbih. “"Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan" (QS. Al-Baqarah: 185).

Bulan Silaturahim

Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam sangat banyak melakukan amaliah silaturahmi, mulai mudik ke kampung halaman, saling bermaafan dengan teman atau tetangga, hala bihalal, kirim SMS dan telepon, dan sebagainya. Betapa Syawal pun menjadi bulan penuh berkah, rahmat, dan ampunan Allah karena umat Islam menguatkan tali silaturahmi dan ukhuwah Islamiyah.

Bulan Ceria

Syawal adalah bulan penuh ceria. Di Indonesia bahkan identik dengan hal yang serba baru –baju baru, sepatu baru, perabot rumah tangga baru, dan lain-lain. Orang-orang bersuka cita, bersalaman, berpelukan, bertangis bahagia, mengucap syukur yang agung, meminta maaf, memaafkan yang bersalah.Begitu banyak doa terlempar di udara. Begitu banyak cinta kasih saling diberikan antar seluruh umat manusia. Aura maaf tersebar di seluruh penjuru bumi, nuansa peleburan dosa, nuansa pencarian makna baru dalam hidup.

Puasa Satu Tahun

Amaliah yang ditentukan Rasulullah Saw pada bulan Syawal adalah puasa sunah selama enam hari, sebagai kelanjutan puasa Ramadhan.“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh” (H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)“Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun” (HR An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Bulan Nikah

Syawal adalah bulan yang baik untuk menikah. Hal ini sekaligus mendobrak khurafat, yakni pemikiran dan tradisi jahiliyah yang tidak mau melakukan pernikahan pada bulan Syawal karena takut terjadi malapetaka.Budaya jahiliyah itu muncul disebabkan pada suatu tahun, tepatnya bulan Syawal, Allah Swt menurunkan wabah penyakit, sehingga banyak orang mati termasuk beberapa pasangan pengantin. Maka sejak itu, a kaum jahiliah tidak mau melangsungkan pernikahan pada bulan Syawal.Khurafat itu didobrak oleh Islam. Rasulullah Saw menunjukkan sendiri bahwa bulan Syawal baik untuk menikah. Siti Aisyah menegaskan: “Rasulullah SAW menikahi saya pada bulan Syawal, berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?”. Selain dengan Siti Aisyah, Rasul juga menikahi Ummu Salamah juga pada bulan Syawal.Menurut Imam An-Nawawi, hadits tersebut berisi anjuran menikah pada bulan Syawal. ‘Aisyah bermaksud, dengan ucapannya ini, untuk menolak tradisi jahiliah dan anggapan mereka bahwa menikah pada bulan Syawal tidak baik.

Bulan Peningkatan

Inilah keistimewaan bulan Syawal yang paling utama. Syawal adalah bulan “peningkatan” kualitas dan kuantitas ibadah. Syawal sendiri, secara harfiyah, artinya “peningkatan”, yakni peningkatan ibadah sebagai hasil training selama bulan Ramadhan. Umat Islam diharapkan mampu meningkatkan amal kebaikannya pada bulan ini, bukannya malah menurun atau kembali ke “watak” semula yang jauh dari Islam. Na’udzubillah.

Bulan Pembuktian Takwa

Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal-lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa.Jika tujuan itu tercapai, sudah tentu seorang Muslim menjadi lebih baik kehidupannya, lebih saleh perbuatannya, lebih dermawan, lebih bermanfaat bagi sesama, lebih khusyu’ ibadahnya, dan seterusnya. Paling tidak, semangat beribadah dan dakwah tidak menurun setelah Ramadhan.